Permohonan Tawaran Biasiswa Limkokwing B40 Bagi Sesi Kemasukan Jun 2022
Limkokwing University of Creative Technology kini menawarkan 500 penempatan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda tetapi menghadapi kekangan kewangan.
Biasiswa ini di khususkan kepada dua kursus pengajian di Limkokwing University of Creative Technology, iaitu Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran Mudah Alih.
Biasiswa Limkokwing B40 ini membantu mengurangkan tanggungan pengajian sebanyak 70% dan selebihnya ditawarkan dalam bentuk pinjaman daripada agensi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Diploma Teknologi Maklumat
-
Jumlah Pelajar300
-
Yuran Asal Pengajian (100%)RM 45,600
-
Yuran Pengajian Ditanggung IPT (70%)RM 31,920
-
Jumlah Pelajar200
-
Yuran Asal Pengajian (100%)RM 46,000
-
Yuran Pengajian Ditanggung IPT (70%)RM 32,200
PTPTN menawarkan jumlah pinjaman selaras (penerima BKM) kepada pelajar yang layak untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma sebanyak RM 8,000.00 setahun (RM 24,000.00 untuk 3 tahun), manakala untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda sebanyak RM 14,030.00 setahun (RM 42,090.00 untuk 3 tahun).
Jumlah pinjaman yang diperuntukkan ini mampu menampung kos sara hidup pelajar sepanjang tahun pengajian. Diharapkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian tinggi ini dapat meningkatkan kehidupan dan membantu keluarga pelajar khususnya and masyarakat Malaysia am nya.
Syarat Am Permohonan Biasiswa
Permohonan dibuka kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan Diploma:
- Terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk Malaysia yang bertaraf Pemastautin Tetap.
- Umur pemohon tidak melebihi 22 tahun ketika permohonan dihantar.
- Pemohon disahkan sihat oleh doktor bertauliah dan telah mengikuti ujian saringan dan tidak menghidapi HIV, Hepatitis dan sebarang penyakit berbahaya.
- Pemohon komited menjalani kursus pengajian sepenuh masa.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan mahupun tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
- Pemohon tiada sebarang rekod buruk seperti tajaan ditamatkan atas masalah disiplin.
- Pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM 4,850.00 ke bawah.
Dokumen Yang Diperlukan
Sila pastikan dokumen-dokumen berikut disediakan terlebih dahulu sebelum memulakan proses Pendaftaran.
* Deposit pembukaan serendah RM20 sahaja. Setiap pelajar IPT yang ingin memohon pinjaman disyaratkan untuk membuka akaun SSPN
** Jika penjaga tidak bekerja/OKU/hilang upaya bekerja, mohon kepilkan rekod bantuan zakat asnaf atau bantuan kebajikan masyarakat jika ada untuk menyokong permohonan