Syarat Kemasukan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Perkomputeran Mudah Alih
Lulus dalam program Matrikulasi / Asasi dengan minimum CGPA 2.0 DAN Kepujian mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM atau yang setaraf dengannya.
Atau
Lulus UEC dengan minimum gred B untuk 5 mata pelajaran.
Atau
Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/A-Level Dengan minimum gred C (GP 2.0) dalam 2 mata pelajaran atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya DAN Kepujian mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM/O-Level atau yang setaraf dengannya.
Atau
Lulusan Diploma Sains Komputer & Teknologi / Diploma Kejuruteraan Perisian / Diploma Teknologi Maklumat / Diploma Sistem Maklumat atau yang setaraf dengannya dengan minimum CGPA 2.5 DAN
Kepujian mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM / O-Level atau yang setaraf dengannya.
Atau
Lulusan Diploma Sains Komputer & Teknologi / Pengajian Perniagaan dengan minimum CGPA 2.5 boleh diterima masuk, tertakluk kepada syarat yang ketat yang setara dengannya DAN Kepujian mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM / O-Level atau yang setaraf dengannya.
Dan
Lulus Band 3 Malaysia University English Test (MUET) atau yang setaraf dengannya.
Tempoh Pengajian 3 Tahun
Kembali